Blogger Backgrounds

ようこそ . willkommen . 歡迎 . أهلا وسهلا

selamat datang ke blog impervious93..

Friday, April 8, 2011

Salahkah aku menegur??

Assalamualaikum w.b.t....just copy n paste...tp bley r nak jdkn tazkirah buat kite...
huhu...lyn jer...

ce cite ce cite ~~

Jangan takut menegur,Allah kan ada =)

Pernahkah anda berada dalam situasi ini??

A:Eh,apa yang kau tengah buat tu tak elok sebenarnya,berdosa tau tak tengok benda benda tak senonoh macam tu.Hukumnya haram.Yang haram teteap haram.

B:Eleh kau nak berlagak malaikat kat sini apehal?? Macamlah kau tu baik sangat.Macamlah aku tak tau kau layan jugak benda benda camni.Nak ceramah pegi masjid la wei,ustaz!!

Atau begini…..

A:Udah le tu berjudinye.takde faedahnye kau buat benda ni.Kau pun tau ‘effect’ benda ni pada hidup kau kan??

B: Ah,kau tegur orang macam bagus.bajet je lebih.macam aku tak tau kau main gak benda ni masa kau muda muda dulu. suka hati akulah nak jadi apa pun, kau apa peduli.

Agak ‘familiar’ bukan dua situasi di atas??

Ya,inilah lumrah kehidupan.Memang itulah salah satu daripada sifat manusia.Kita mudah saja menolak teguran orang lain atas alasan peribadinya yang buruk. Bersikap pesimis.Wajarkah hal ini??

Apa itu bersikap pesimis??

Pesimis ialah kecenderungan untuk menekankan pandangan negatif atau kurang baik atau mengambil pandangan seburuk yang mungkin.

Ya,kita bukanlah malaikat,tapi salahkah kalau kita cuba perbaiki pandangan kita terhadap sesuatu teguran?? Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha membaiki diri.
Sudah menjadi lumrah kehidupan kita menilai sesuatu berdasarkan luaran,bukan isinya.Saya teringat satu kisah di mana beberapa orang pelajar menemui seorang pensyarah meraka bagi meminta nasihat tentang kekusutan hidup mereka.

Setelah lama berbual, timbullah beberapa rungutan tentang tekanan di tempat kerja dan juga dalam kehidupan seharian yang disuarakan oleh beberapa bekas pelajar ini. Pensyarah itu hanya mendengar dan kemudian beliau ke dapur untuk menyediakan air kopi untuk tetamu-tetamunya.
Beliau kemudiannya keluar dengan membawa satu bekas besar yang berisi air kopi dan beberapa jenis cawan. Ada cawan itu diperbuat daripada porselin, plastik, kaca dan kristal. Ada yang kelihatan ringkas sahaja, ada yang kelihatan murah, ada juga yang kelihatan mahal dan sangat cantik.

Pensyarah itu mempelawa tetamu-tetamunya agar melayan-diri. Masing-masing pergi ke meja tempat dihidangkan air kopi itu dan menuangkan sendiri air kopi ke dalam cawan yang berbagai-bagai bentuk dan buatannya itu. Setelah semuanya mengambil secawan kopi, pensyarah itu berkata:

“Jika anda perasan, kesemua cawan-cawan yang kelihatan cantik dan mahal telah pun diambil, tetapi cawan-cawan yang ringkas dan nampak murah tiada sesiapa yang mahu mengambilnya. Biasalah tu, memang semua nakkan yang terbaik untuk diri sendiri kan…”

Beliau kemudian menyambung.

“Itulah puncanya kepada masalah-masalah anda. Dan itulah sebabnya kenapa anda berasa tertekan dengan kerjaya dan kehidupan.”

“Saya pasti, cawan-cawan itu tidak memberikan apa-apa nilai kepada air kopi yang anda minum. Dalam beberapa situasi, cawan-cawan itu hanya membuatkan kopi yang diminum itu lebih mahal harganya. Dan di dalam situasi yang lain, cawan itu malah menyorokkan apa yang kita minum.”

“Apa yang anda semua betul-betul mahukan adalah air kopi itu, bukan cawannya. Tetapi anda tetap mahukan cawan yang terbaik sifatnya, dan kemudian anda memandang dan menjeling ke arah cawan kawan-kawan anda untuk melihat siapakah yang memiliki cawan yang paling cantik atau paling bagus.”

“Sekarang, cuba anda fikirkan: KEHIDUPAN adalah air kopi. Manakala pekerjaan, wang, pangkat dan kedudukan di dalam masyarakat adalah cawan. Itu semua merupakan alat untuk memegang dan terkandung di dalamnya KEHIDUPAN!”

“Rupa dan jenis cawan tidak memberi makna atau mengubah nilai KEHIDUPAN yang sedang kita jalani ini. Kadang-kadang dengan kita hanya menumpukan kepada rupabentuk CAWAN, kita gagal untuk menikmati AIR KOPI itu. Jadi, nikmatilah AIR KOPI itu, bukan CAWANNYA!”

“Manusia yang bahagia bukanlah mereka yang memiliki yang terbaik dalam setiap perkara. Manusia yang bahagia adalah mereka yang sentiasa membuat yang terbaik di dalam setiap perkara.”

“Hiduplah dengan sederhana. Bercakaplah dengan baik, ambil beratlah dengan sungguh-sungguh, berkasih sayanglah, bermurah hatilah…dan hayatilah kehidupan ini dengan penuh makna, dan jangan terlalu ditumpukan kepada aksesori kehidupan”

Begitulah diri kita,terlalu mementingkan luaran sampai isinya pun tidak kita endahkan sedangkan teguran itu tetap wajib dilakukan seperti firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Maa-idah ayat 2 yang tafsirnya :

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa dan maksiat dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah kerana sesungguhnya Allah maha berat azab seksa-Nya".

Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menerima teguran yang baik walaupun dari mana pun datangnya,bukan menyangkalnya.Takkanlah nak tunggu seseorang yang berperibadi seperti nabi,bersifat maksum barulah kita nak menerima teguran!!

MasyaAllah…

Kadang kadang pernahkah kita terfikir bahawa teguran itu datang secara ‘indirectly’ atau tidak langsung daripada Allah S.W.T. yang masih menyayangi kita walaupun telah banyak mengkhianati amanat-Nya bagi memperbaik kesalahan kita itu?? Teguran itu diutuskan kepada kita,walaupun Allah tidak menegur secara ‘face to face’.Pernahkah kita berfikir sedemikian?? Ya,betapa jahilnya kita untuk bersikap pesimis terhadap teguran tanpa memikirkan hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui.Sedangkan Allah ada berfirman :

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata.

Manusia tidak suka pada teguran sebab dalam diri manusia ada satu sifat iaitu EGO. Semua manusia ada sifat ini. Bezanya mungkin sikit atau banyak ego tu dalam diri kita dan bagaimana kita mengawalnya. Namun walau setinggi mana pun ego kita, kita perlu menerima teguran yang membawa kebaikan pada kita. Rasulullah SAW junjungan kita, pemimpin agung, kekasih Allah, insan yang dijanjikan syurga juga menerima teguran. Pernah satu ketika baginda di tarik dengan kasar oleh seorang Arab yang meminta baginda melunaskan hutang baginda walaupun belum sampai tarikh kutipan hutang. Saidina Umar yang berada dengan Rasulullah pada waktu itu, menghunuskan pedang dan memarahi lelaki Arab tersebut kerana berkasar dengan Rasulullah.Apa Rasulullah buat. Rasulullah bersabda" wahai Umar, sepatutnya engkau menegur aku supaya aku membayar hutangnya, dan kau menegur dia supaya dia meminta hutangnya dengan cara yang baik.

Sebenarnya teguran itu  memang suatu perbuatan yang mulia dan tidak patut disalahertikan. Seperti pepatah arab, ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’. Pepatah ini selaras dengan tuntutan Allah dalam surah Al Israk ayat 32:

               Wala taqrabu zina : janganlah kamu mendekati zina

Dan apabila  ditegur ke arah kebaikan,kita wajib menolak kejahatan yang kita lakukan itu. Allah menjelaskan dalam surat Al Fussilat (ayat 34):

Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia.


Tidak sanggup menegur perkara mungkar?? Nak jaga hati?? Ingatlah manusia,perasaan siapa yang lebih layak dijaga,perasaan manusia atau perasaan Allah?? Sedangkan nabi S.A.W. pernah berpesan:

“Qul al-haqq wa law kana murran” (katakan yang benar walaupun pahit)

Maka sabda Nabi agar kita mengatakan yang benar walaupun pahit itu dapat diertikan agar kita mengatakan apa yang benar walaupun hal tersebut tertuju pada diri kita sendiri.

Akhir kata (petikan dari sebuah blog),

"Menjadi sebaik-baik hamba & khalifah, bukan semudah memetik dua jari..
itupun belum pasti bisa berbunyi..
hakikat insan memang penuh dengan kekurangan..
Namun tidak menjadi suatu kesalahan untuk memperbaiki diri menjadi sebaik-baik hamba Tuhan...
Teruskanlah melangkah meski dalam kepayahan..
Kita kan khalifah..mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..
sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..
Lalu..haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahi kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk menangis hiba..belajarlah tabah duhai hati seorang pejuang..
tangisanmu pasti tidak akan sia-sia andai langkahmu terus teguh menuju jalanNya.."


jadi jangan pernah lemah sahabatku.
kita ni khalifah dijadikan Allah sebagai pemakmur muka bumi ini dengan hiasan ketakwaan.
menjadi penghias dunia ini dengan perlaksanaan amar makruf nahi mungkar.
jadi ayuhla bersama laksanakan tanggungjawab membantu menyelamatkan sahabat sahabat,kawan kawan,teman sekuliah,teman sekampus,atau rakan sekampung,yang mungkin hanyut dalam fenomena kemungkaran. Kasihanilah mereka. Tolonglah jangan hukum mereka.Jangan pulaukan mereka sebab mereka dah buat silap,tapi nasihati mereka. Jangan biarkan mereka terus terkapai-kapai.
Apa yang kita nak jawab dengan Allah nanti andai ditanya kenapa kita tidak berusaha tolong mereka.
Jangan pernah lelah. Biarlah mereka tak nak dengar. Atau mereka aniayai kita. Jangan takut sebab Allah ada dan kita sedang berusaha untuk menyelamatkan mereka. Kita dah ada usaha . Andai tak Berjaya,itu bergantung pada Allah sebab hidayah itu milik Allah. Jadi janganlah bersedih andai ada sahabat sahabat kita, jiran jiran kita yang buat tak peduli dengan nasihat kita..

Dalam perlaksanaan Amar Makruf Nahi Mungkar ni..bukan hasilnya yang Allah tengok..
tapi setakat mana usaha kita untuk laksanakannya..jadi jangan pernah mengalah (nasihat untuk diri sendiri jugak)

Pebanyakkanlah amalan amar makruf nahi mungar kerana  janji Allah,bahawa Dia akan menolong orang yang berbuat demikian seperti dalam surah Muhammad, ayat 7, Dia ada menerangkan;

Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.


Wallahu ‘alam bi sawab =)
Assalamualaikum w.b.t.

2 comments:

alina said...

perbaiki diri dan ajaklah orang lain..
moga kebaikan yg di kongsi berpanjangan..
JANGAN putus asa!!
manusia BUKAN platisin.
manusia memerlukan masa utk berubah,
berdakwah perlukn keSABARan..
moga ALLAH redha :)
(51:55)
"dan peringatan itu penting utk org yg beriman.."

SITOT said...

yup ! saye sokong :)

tq for your opinion ..