Blogger Backgrounds

ようこそ . willkommen . 歡迎 . أهلا وسهلا

selamat datang ke blog impervious93..

Sunday, August 4, 2013

Bazar

Teringat dulu2 time puasa kat sekolah, kalau nak gi bazar kene ikot giliran. Mengikut batch dan gender. Memang seronok la  kan dapat gi keluar sekolah bazar especially kalau dapat gi yang kat  Semantan  bandar temerloh.  

Nak beli makanan je pon kot,walaupun kat dema disediakan banyakk makanan. Tapi yang penting memang seronok la gi bazar sama2 dengan kengkawan..but now dah xde dah.. sob sob sob.

nak pegi bazarr bandarrr nii
kenangan budak2 perempuan impervious gi bazar...
membeli makanan yang xde kat dema..bapak banyak.haha

zaman sekolah naik bus sekolah la
zaman sekarang ni naik kereta ja

Salam Ramadhan Mubarak kepada semua muslimin dan muslimat teruatama kepada warga Impervious 93. Semoga kita semua dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Marilah kita saling bermaafan antara satu sama lain. Kawal lah nafsu ketika berada di bazar.hehe

Sunday, January 6, 2013

Mengungkit Kenangan Silam: Rhythmic Martial Art

       sesi mengungkit kenangan silam. kita bercerita mengenai kenangan kita tatkala kita semua berada dalam tahun 2006, tingkatan satu dahulu. waktu semua kita masih suci kononnya. masihkah kalian ingat, kita pernah diajar akan satu jenis seni mempertahankan diri? Rhythmic Martial Art, atau mudah gua ringkaskan sebagai RMA.

       sebelum tu gua nak mintak ampun maaf kat kengkawan impervious93 yang masuk pada tahun 2009 kerana post kali ini tidak melibatkan anda semua. namun, anda semua boleh meneruskan pembacaan, ini adalah kisah batch kita pada tahun 2006 :)

       RMA ni adalah sejenis seni mempertahankan diri atau senang kata, bunga-bunga silat, digabungkan untuk dijadikan persembahan pada majlis-majlis keraian atau seumpama dengannya. pihak sekolah kita telah menetapkan agar RMA ini dijadikan satu niche area untuk sekolah yang mana kemudiannya telah ditukar kepada kawad kaki.

       batch kita, impervious93 telah diajar oleh abang-abang tingkatan lima pada tahun 2006 itu, Perintis 020six. waktu pembelajaran atau latihan adalah pada waktu petang, ketika waktu riadah. namun kadang-kadang ketika sudah hampir dengan hari persembahan sebenar (hari sukan, majlis anugerah kecemerlangan etc.), latihan boleh melarat sehingga ke waktu malam.

       secara peribadinya, gua sangatlah tidak menyukai RMA ini kerana ianya telah mengganggu masa tidur petang gua dan, gua tidak suka akan benda alah ini. maaf, pendapat peribadi.

       baiklah. mari gua ceritakan satu peristiwa menarik yang gua ingat mengenai latihan RMA ini.

       peristiwa ini berlaku pada suatu petang yang permai. angin bertiup hendak tidak hendak sahaja. panas petang itu pun tidaklah terik sangat, cukup sekadar membakar barang sekilo dua kalori. baik, kembali kepada RMA tadi. latihan diadakan di dataran uhud. petang itu, kita dibahagikan kepada 6 kumpulan jika tidak salah.

     kumpulan gua ditempatkan di penjuru dataran uhud, menghala ke bilik guru penolong kanan HEM pada masa itu, Cikgu Zamri Sabri. kedengaran suara abang-abang seperti azli syafiq, alif razali dan sahabat mereka yang lain memberikan arahan.

       kumpulan gua ketika itu diberi take five untuk melepaskan batuk di tangga penat lelah dengan meminum air dan duduk-duduk untuk seketika. sedang gua dan ahli kumpulan gua berehat, kedengaran satu kumpulan di hujung dataran uhud (menghala ke tandas perempuan aras 1) gelak. berdekah-dekah. seronok ber-RMA barangkali.

       namun gelak-tawa itu seakan berjangkit, kumpulan lain secara perlahan-lahan mula ketawa. juga berdekah-dekah. kumpulan gua kumpulan last sekali gelak. yang paling jauh sekali lah katakan. orang kumpulan mula-mula tadi dah bertenang dah pun, kami baru hendak gelak.

       sebenarnya apa yang digelakkan oleh kami? haa nak cerita lah ni.

       rutin latihan, mengulangi gerak bunga silat yang dipelajari sehingga lancar. ada satu gerak yang memerlukan kita duduk (seperti duduk diantara dua sujud) menghadap belakang, kemudian bila disebut 'up!', kita dikehendaki melompat bangun, menghadap kedepan sambil menyebut 'cheh!'.

       apa yang terjadi dalam kumpulan tadi adalah, ada seorang hamba Allah yang hendak terkentut, tapi ditahan. bilamana disebut 'up!', beliau dan ahli kumpulan bingkas melompat. 'cheh!' dan diikuti bunyi 'phrooooott' yang cukup untuk didengari sahabat sekeliling. apa lagi, kawan-kawan sekeliling terus gelak terguling-guling la.

       adat remaja-remaji, mana nak simpan rahsia. cepat sahaja cerita tersebut tersebar ke serata dataran uhud. sudahnya, satu dataran uhud gelak.

       begitulah, ada cerita yang bila dikenang kembali, pasti mengukir senyuman. maaf, gua dah cuba cari gambar kita berlatih tapi tak jumpa. hmm. sekian cerita gua kali ini. selamat berjaya kepada yang nak menghadapi peperiksaan tu :)

dicoret oleh, yot.