Blogger Backgrounds

ようこそ . willkommen . 歡迎 . أهلا وسهلا

selamat datang ke blog impervious93..

Friday, November 9, 2012

Laporan Perjumpaan Semula (reunion) Mini-Iftar
Ahli-Ahli Lelaki Impervious93

       Pada 5 Ogos 2012 bersamaan hari Ahad, seramai 30 ahli Impervious93 (lelaki) telah menghadiri program Perjumpaan Semula-Iftar yang bertempat di HR Steakhouse, Jalan Raja Alang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, Malaysia. 

       Seawal jam 5 petang, sebahagian peserta daripada Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya (selepas ini disebut CFSIIUM) memulakan perjalanan dengan menaiki Bas Metro nombor 12 ke Stesen LRT Jalan Universiti dan kemudiannya menaiki LRT ke Kampung Baru yang menelan belanja tidak sampai 5 ringgit.

       Pada masa yang sama, terdapat juga seorang dua wakil daripada CFSIIUM telah pergi ke Hentian Bas Pekeliling untuk menjemput saudara Jasnie Jainureen yang baru sampai dari Temerloh Bandar Ikan Patin. Ada juga yang datang menaiki kereta Fahmi. Pokoknya, kami semua seramai 30 orang berkumpul di HR Steakhouse pada jam 6.30 petang.

       Pada mulanya, kami masing-masing memesan makanan mengikut citarasa sendiri, walaupun rata-rata antara kami tidak pernah sampai ke HR Steakhouse ini dan tidak tahu akan rupabentuk makanan yang dipesan. Apa kesannya? Nak cerita lah ni. 

       Kami duduk di meja yang digabungkan dan disusun memanjang. Abang pelayan pula meletakkan makanan yang kami pesan di meja yang mula-mula sekali, dengan harapan kami akan menghulurkan makanan tersebut kepada rakan-rakan yang nun dihujung sana. Ya, harapan abang itu menjadi realiti, tetapi masalahnya adalah untuk kami mengetahui apa nama makanan tersebut. Kesudahannya? Kami makan apa jenis makanan yang dihulurkan, dan bayar mengikut apabenda nama yang kami pesan tadi. Tidak mengapa, sekali sekala.

       Selesai berbuka puasa, kami semua berangkat ke Masjid Jamek Kampung Baru untuk menunaikan solat fardhu Maghrib secara bergilir-gilir. Kemudian kami kembali semula ke HR Steakhouse untuk menonton perlawanan akhir badminton Olimpik antara wakil kebanggaan Malaysia, Dato Lee Chong Wei dan wakil sombong, angkuh dan bongkak dari China, Lin Dan. Perlawanan tersebut berkesudahan Lin Dan menang. Tidak mengapa Datuk Lee Chong Wei, cuba lagi.

       Kira-kira jam 9.30 malam, kami mula beredar pulang. Fahmi terus pulang ke rumah kerana jarak yang agak jauh untuk beliau memandu dari Kampung Baru ke CFSIIUM, manakala yang selebihnya pulang dan pergi ke CFSIIUM untuk bermalam di sini secara haram semalaman. 

       Sesampai sahaja kami di CFSIIUM, kami menyalin pakaian dan turun ke gelanggang yang telah ditempah khas untuk kami bermain di dalamnya. berlaku banyak peristiwa menarik sepanjang kami bermain namun yang paling diingati adalah peristiwa Syafiq Zaimi (penyu gemuk) kekejangan otot di dalam gelanggang yang telah menyebabkan perlawanan tertangguh kira-kira 20 minit.

       Mereka-mereka yang bukan pelajar CFSIIUM berangkat pulang ke destinasi masing-masing pada pagi dan tengahari keesokan harinya.

       Sesungguhnya, aktiviti ini memberi banyak manfaat kepada kami dan kembali mengeratkan hubungan persahabatan yang telah kami jalinkan bak kata pepatah, air yang dicincang takkan putus. semoga aktiviti-aktiviti seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dengan sasaran lebih ramai yang hadir. sekian terima kasih.

Saya Yang Menjalankan Tugas,
_________
Izzat Emir Hakimi Bin Jasme





Thursday, May 17, 2012

Written in the stars




Oh written in the stars
A million miles away
A message to the main
Ooooh
Seasons come and go
But I will never change
And I'm on my way

Lets go...
Yeah
You're listening now
They say they aint heard nothing like this in a while
Thats why they play my song on so many different dials
Cause i got more hits than a disciplined child
When they see me everybody brrrrrap's, brrrrrraps
Man I'm like lyricsmusicvideo.blogspot.com a young gun fully black Barrack
I cried tear drops over the massive attack
I only make hits like I work with a racket and bat
Look at my jacket and hat
So damn berserk
So down to earth
I'm bringing gravity back
Adopted by the major I want my family back
People work hard just to get all their salary taxed
Look Im just a writer from the ghetto like Malory blackman
Where the hells all the sanity at, damn
I used to be the kid that no one cared about
Thats why you have to keep screaming til they hear you out

[Eric Turner]
Oh written in the stars
A million miles away
A message to the main
Ooooh
Seasons come and go
But I will never change
And I'm on my way


[Tinie Tempah - Verse 2]
Yeah, I needed a change
When we ate we never took because we needed a change
I needed a break
For a sec I even gave up believing and praying
I even done the legal stuff and was leaded astray
Now money is the root to the evilist ways
But have you ever been so hungry that it keeps you awake
Mate, now my hunger would leave them amazed
Great, it feels like a long time coming, fam
Since the day I thought of that cunning plan
One day I had a dream I tried to chase it
But I wasn't going nowhere, running man!
I knew that maybe someday I would understand
Trying to turn a tenner to a hundred grand
Everyones a kid that no-one cares about
You just have to keep screaming until they hear you out

[Eric Turner]
Oh written in the stars
A million miles away
A message to the main
Ooooh
Seasons come and go
But I will never change
And I'm on my way

Friday, September 16, 2011

selamat berjaya kawan kawan !

assalamualaikum, hai sahabat.
gua mewakili budak impervious sayang malaysia nak bagi ucapan selamat berjaya kepada lu orang yang nak, sedang dan akan keluar malaysia.

selamat berjaya la ye lu orang semua.
cepat-cepat la sesuaikan diri kat negara orang tu.

jangan kena culture shock!
jangan lupa kami budak impervious sayang malaysia nie.

balik nanti, dapat jubah sehelai sorang pun ok la kan?
ape la sangat nilai sehelai jubah jika nak dibandingkan dengan nilai persahabatan kita yang terjalin selama lima tahun nie kan.
hehe

belaja la rajin rajin.

kami, 
budak impervious sayang malaysia bangga memiliki kawan kawan yang macam lu orang yang dapat keluar negara!

kami akan menyusul kemudian.

thats all,
best of luck and all the best !

dikarut oleh-izzat emir hakimi bin jasme a.k.a aaron aziz. harharhar!

Friday, August 26, 2011

SALAM LEBARAN




Selamat hari raya maaf zahir dan batin kami ucapkan..semoga lebaran kali ini memberi seribu kebahagiaan kepada kita semua.. Kepada mereka member2 yang akan berangkat ke Mesir dan Jordan lepas raya ni, raya lah puas2.. lepas ni korang raya dekat negara perantauan.. jemputlah datang rumah membe2 lain.. especially rumah budak2 yang stay kat temerloh ni.. hehe..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin.. :)


Saturday, August 6, 2011

RAMADHAN AL-KARIM

Alhamdulillah.. Allah sampaikan kite pade bulan ramadhan yang mulia ini..

Sesungguhnya Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai 2 kegembiraan iaitu:
kegembiraan ketika berbuka puasa & kegembiraan ketika bertemu dengan Allah disebabkan puasanya.(Bukhari & Muslim)
Semua orang pasti gembira ketika berbuka puasa. Namun lebih gembira & bahagia di kala kita semua dapat bertemu dengan Allah dalam syurgaNya.Jesteru ikhlaskan ibadah kita hanya kerana Allah & perbaikilah kualiti puasa kita agar mendapat darjat taqwa.
Selamat menjalani ibadah puasA kepade semua warga Impervious 93.. dan kepade umat muslimin dan muslimat,,bermaaf-maaflah sesama kita..semoga ibadah kite diterima..